Tuesday, 24 January 2012

ape itu ikhlas

Dalam Kamus Dewan,maksud perkataan IKHLAS ialah; (dgn) hati suci, tidak menipu atau berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu kholaso atau bentuk akarnya adaah khuluusun atau kholaason, yang bermakna; jernih dan bersih daripada pencemaran. Manakala dalam kamus A-Farid pula diterangkan maksudnya sebagai; sincerity, honest, loyalty, iaitu kejujuran.
           Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih, jernih, murni, dan suci daripada campuran atau pencemaran sifat lain.
           Jika melahirkan kata, " Aku memuliakan keatanku hanya pada Alah." Ia bererti, tujuan memuliakan ketaatannya hanya kerana Allah tanpa ada perasaan riyak. Al-Fairuzabaditelah mengatakan: "ikhlaslah kerana Allah." Maknanya meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.
           Ikhlas merupakan istilah tauhid. Orang-orang yg ikhlas adalah mereka yg mengesakan Allah dan merupakan hamba yg terpilih. Adapun pengertian ikhlas menurut istiah syarak adaah seperti yg diungkapkan oleh Ibnu Qayyim: "Mengesakan Alah yg hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nya
tanpa mempersekutukan-Nya dgn sesuatu ataupun."
           Seseorang yg ikhlas adalah seseorang yg tidak peduli akan pnghargaan dan tidak mengiginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah skalipun. Apa yg diinginkannya ialah reda Allah s.w.t.. Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah A-Bayyinah ayat 5 yg bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dgn mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi ttap teguh diatas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yg benar."
           Doa kita agar dihindari sifat yg amat dibenci oleh Allah s.w.t. dan Rasuullah s.a.w. iaitu sifat riyak dan takabbur.

keikhlasan seperti semut hitam yg brade diatas batu yang hitam serta batu yang hitam itu brade dlam gelap, namun ianya ade bgitulah umpamanya keikhlasan.. tgn pon dah ponat menaip, xpelah Assalamuaalaikum....


No comments:

Post a Comment